Ruby

BAB 2 MALAYAN UNION

Rabu, 8 Februari 2012


MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN 
TANAH MELAYU





     











Video berkaitan Malayan Union. Ini boleh dijadikan 
panduan untuk rujukan tentang Malayan Union.



       Pentadbiran Malayan Union yang telah diperkenalkan pada tahun 1946 
telah mendorong gerakan nasionalisme melayu sampai ke kemuncaknya. 
Orang Melayu telah menentang Malayan Union yang dianggap cuba 
menjajah Tanah Melayu dan menghapuskan ketuanan melayu. Tentangan 
orang melayu telah melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 
1948. Selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945, Tanah Melayu telah dikuasai 
oleh Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari. Dalam tempoh itu, PKM 
melakukan banyak keganasan sehingga telah menimbulkan keadaan 
huru-hara. Pentadbiran Tentera British (PTB) atau British Military A
dministration (BMA) telah menjadi penyelamat kepada keadaan huru-hara ini.



Keganasan PKM 14 hari



1. Jepun meninggalkan TM – berlaku kekosongan politik
2. PKM kuasai TM melalui MPAJA selama 14 hari.
3. MPAJA dikenali tentera Bintang Tiga.
4. MPAJA kuasai bandar, balai polis, pejabat kerajaan.
5. MPAJA jatuhkan hukuman sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun.
6. Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan.
7. Menculik dan menyeksa yg bersubahat dengan Jepun.
8. Menghukum penduduk yg menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun.
9. Merampas harta benda orang kampung
10. Di Batu Pahat, PKM bunuh penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
11. Seorang Pegawai Daerah cuba berunding dengan PKM dibunuh.
12. Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.
13. Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, – rumah.dibakar
14. Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada  
      orang  Cina.
15. Orang Melayu bangun menentang PKM
16. Berlaku huru hara.
17. Orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga utk serang Cina di 
      Bandar Batu Pahat.
18. Dato’ Onn Ja’afar, Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.
19. Ketegangan kaum diatasi oleh Pentadbiran Tentera British.












Pentadbiran Tentera British (PTB) 




                    
Antara kejayaan PTB

  • Menghapuskan penguasaan PKM

  • Memujuk PKM dan MPAJA menyerah senjata

  • Menberhentikan pergaduhan antara kaum

  • Mewujudkan keamanan

  • Menegakkan unudang-undang


3. Setelah PTB berjaya mengamankan Tanah Melayu, British melaksanakan 
    pentadbiran Malayan Union.





MALAYAN UNION





CIRI-CIRI MALAYAN UNION
1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan   
    Mahkota.
2. Pentadbiran bersifat kesatuan.
3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah 
    Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan
4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
5. Diketuai gabenor British
6. Gabenor dilantik oleh Raja England.
7. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.
8. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat 
    istiadat Melayu.
9 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri
10. Parlimen British – pemutus undang-undang.

Bentuk Pentadbiran Malayan Union 



Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Malayan Union
      Terdapat pelbagai reaksi penduduk Tanah melayu terhadap pembentukan 
Malayan Union. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Namun,
sebahagian besar orang melayu menentangnya.





       







Penentangan terhadap Malayan Union






Faktor penentangan terhadap Malayan Union


1. Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu

  • Ahli majlis raja melayu tanpa kuasa
  • Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.
  • Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British

2. Tamadun orang Melayu terhakis

  •   Sistem beraja, Bahasa Melayu & tulisan Jawi terhakis
  •   Ketuanan Melayu tercabar 
  •   Orang Melayu bimbang kehilangan tanah air.


3. Kerakyatan yang terlalu Liberal


  • Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.

  • jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran   



4. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael




  • Mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union.

  • Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.



Cara Penentangan 


Penentangan orang melayu terhadap Malayan Union boleh dilihat dalam 
tiga bentuk








   




   

















    


















  










      








  












    










   








      










   





0 ulasan:

Catat Ulasan