Ruby

KUIZ / BAB 5

Rabu, 15 Februari 2012


A. Soalan Objektif


1.  Apakah keputusan yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan di London?

     I    Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.

     II   Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.

     III  Parti Perikatan akan memiliknegarakan pelaburan British.

     IV  Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk merangka Perlembagaan Merdeka.

     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV



2. Kenyataan  di atas berkaitan dengan :

  • Empat wakil raja-raja Melayu
  • Empat wakil Parti Perikatan

     A   Rombongan Merdeka.

     B   Penggubal Perlembagaan.

     C   Anggota Suruhanjaya Reid.

     D   Anggota Majlis Perundangan Persekutuan


3.  Apakah kandungan Perlembagaan Merdeka 1957?

     I    Pembetukan sebuah kerajaan kesatuan.

     II   Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

     III  Yang di – Pertuan Agong sebagai ketua negara.

     IV  Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
                                                
     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV


4.  Apakah yang terkandung dalam Pemasyuran Kemerdekaan?

     I    Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957.

     II   Penguasaan British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal.

     III  Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat.

     IV  Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan pemerintahan monarki.
                                                
     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV


5. Penyataan di bawah merujuk :


  •  Menggubal sebuah Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu
  • Menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri
 

     A   Suruhanjaya Cobbold.

     B   Suruhanjaya Reid.

     C   Suruhanjaya PBB.

     D   Jawatankuasa Antara Kerajaan.








0 ulasan:

Catat Ulasan