Ruby

BAB 3 ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

Rabu, 8 Februari 2012


 ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT

PENGENALAN




1.   Fokus pembelajaran bab ini ialah pelajar mempelajari bagaimana pihak komunis 
      cuba menggulingkan pemerintahan yang sedia ada dan digantikan dengan   
      Republik Komunis Malaya.


2.   Selain itu, kita juga akan melihat  kesungguhan kerajaan membanteras ancaman
      komunis mewujudkan keamanan dan kesejahteraan.
3.   Kerajaan memerlukan sokongan padu rakyat untuk menghapuskan pengganas
      komunis.


4.   Permuafakatan yang terjalin di antara rakyat dan kerajaan merupakan senjata  
      yang paling berkesan untuk menghadapi bahaya fahaman komunis.




PENYUSUPAN DAN KEGIATAN PENGGANAS KOMUNIS


1.   Pengasas fahaman komunis ialah Karl Marx yang mengasaskan fahaman ini pada
      pertengahan abad ke-19.


2.   Komunisme adalah suatu fahaman yang menentang golongan pemerintah  
      tradisional, feudalis dan imperialis secara kekerasan.  


3.   Tujuan penentangan ini ialah untuk menggantikan pemerintahan tersebut dengan
      pemerintahan yang berasaskan fahaman komunis.


4.   Komunis memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan
      perindustrian.


5.   Negara-negara yang mengamalkan fahaman komunis ialah Rusia dan China.6. 
      Penyebaran ideologi komunis ke seluruh dunia bermula pada bulan Julai 1919,
      iaitu apabila Comintern mengarahkan parti-parti komunis di Eropah menyebar 
      ideologi tersebut. 







Cara Penyusupan






1.   Fahaman komunis disebarkan di Tanah Melayu memalui Parti Kuomintang 
      (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.

2.   Penyebaran dakyah komunis dilakukan oleh ejen komunis di kalangan orang 

      Cina  melalui kesatuaN sekerja, persatuan-persatuan, kelas-kelas malam dan  
      penerbitan.

3.   Fahaman Komunis cuba disebarkan di kalangan orang Melayu melalui Parti
      Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924 sehingga tahun 1930.


4.   Walau bagaimanapun, orang Melayu tidak tertarik dengan fahaman komunis
      kerana fahaman ini bertentangan dengan agama islam dan adat resam orang  

      melayu

5.   Fahaman komunis juga tidak mengakui kewujudan Tuhan ( ateis ).

6.   Selain itu, komunis juga menggunakan kekerasan dan kezaliman demi mencapai
      sesuatu matlamat.










Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)




PKM sebelum Perangan Dunia Kedua




1.   Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada
      tahun 1930.


2.   Tujuan penubuhan PKM ialah membentuk sebuah Republik Komunis Malaya.


3.   Ramai kader yang dilantik oleh PKM menyusup masuk ke dalam kesatuan-kesatuan
      sekerja.


4.   Komunis juga cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal.

5.   Menjelang tahun 1953, PKM menjadi semakin kuat.


6.   PKM telah melancarkan mogok dan sabotaj bertujuan untuk melumpuhkan   
      ekonomi British di Tanah Melayu.

7.   Pemogokan yang paling hebat ialah di lombong arang batu di Batu Arang,
      Selangor.

8.   Sebanyak 6000 orang buruh telah melancarkan mogok dan mengambil alih
      lombong tersebut.

9.   Kerajaan British telah menghantar 300 orang anggota polis untuk mematahkan
      pemogok tersebut dan ramai pemimpinnya dihantar pulang ke China.

10. Ekoran pemogokan tersebut, PKM telah diharamakan dan ramai pemimpinnya
     ditahan.








PKM Semasa Pendudukan Jepun




1.   Pada 8 Disember 1941, jepun menyerang Tanah Melayu.


2.   PKM telah melancarkan kerjasama dengan British untuk menentang Jepun.


3.   Anggota-anggota PKM telah dilatih di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura 
      dalam taktik perang gerila.

4.   Sekolah ini menjadi teras kepada pasukan gerila bagi menentang tentera Jepun
      di Tanah Melayu.

5.   PKM kemudian membentuk Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA).

6.   British telah membekalkan senjata kepada pasukan tersebut mealui Force 136.

7.   British telah membubarkan MPAJA apabila Jepun menyerah kalah.

8.   MPAJA diminta menyerahkan semula senjata mereka kepada pihak Pentadbiran
      Tentera British (BMA)

9.   PKM bersetuju untuk membubarkan MPAJA, tetapi mereka tidak menyerahkan
      semua senjata sebaliknya telah menyembunyikan sebahagian senjata di dalam

      hutan.

10. Seramai 6800 anggota PKM telah menyerahkan senjata mereka dan setiap anggota
      dibayar sebanyak $350 beserta satu beg beras daripada British.


11. PKM kemudian telah menyusup dalam kesatuan sekerja dan mula terlibat secara
      aktif dalam pergerakan politik.



Keganasan Komunis


1.   Keganasan Komunis di negara kita bermula pada tahun 1948, apabila  
     Jawatankuasa pemuda komunis antarabangsa bermesyuarat di Calcutta,India
      yang mengambil keputusan untuk melancarkan pemberontakkan di Rantau Asia
      Tenggara.
    
2.   Hasil daripada mesyuarat tersebut, PKM dipertanggungjawabkan untuk
      menubuhkan unit gerila yang dikenali Malayan Race Liberarion Army (MRLA).

3.   Walau bagaimanapun, orang Melayu yang pernah merasai keganasan
      pemerintah ' Tentera Bintang Tiga ' tidak terpengaruh dengan helah dan  

      propaganda PKM.

4.   Namun, terdapat segelintir orang Melayu yang telah menyertai MRLA kerana
      bencikan penjajah.

5.   Pemberontakan PKM bermula dengan menyerang ladang dan lombong yang
      dimiliki syarikat Eropah.

6.   Contohnya, gerakan pengganas komunis ini telah memusnahkan sebuah ladang
      di kampung simpang tiga,Sitiawan,Perak kerana enggan bekerjasama dengan

      komunis.

7.   Komunis telah menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai-balai
      polis, membakar kilang-kilang,membakar bas,mengalih landasan kereta api

      supaya kereta api tergelincir dan membunuh mereka yang bekerjasama dengan 
      British.





LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS






1.   Pada bulan Jun 1948, komunis telah bertindak kejam membunuh tiga orang  
      peladang Eropah di Sungai Siput,Perak.


2.   Peristiwa tersebut telah menggemparkan tentera British.

3.   Ekoran peristiwa tersebut, pada bulan Julai 1948, Pesuruhjaya Tinggi British,
      Sir Edward Gent telah mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.

4.   Kerajaan telah menguatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 yang
      membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan

      kegiatan komunis.

5.   Melalui akta ini, pasukan keselamatan boleh menggeledah rumah kediaman,
      memindahkan penduduk ke petempatan baharu atau memagar kampung yang

      disyaki ada membantu pengganas komunis.























































0 ulasan:

Catat Ulasan