Ruby

BAB 4 KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

Ahad, 12 Februari 2012






PENGENALAN



1.Bagi memastikan penduduk tempatan mampu mentadbir Negara

    sendiri, persiapan berkerajaan sendiri telah diadakan.



2.Melalui rundingan, dasar bekerjasama dan permuafakatan  

    antara kaum telah tercapai.



3. Bagi mendukung cita-cita tersebut, parti-parti politik telah

    ditubuhkan.



4. Kebijaksanaan para pemimpin terdahulu yang telah berunding

    bagi mencapai kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 tanpa  

    pertumpahan darah seharusnya kita hargai.





KE ARAH MENCAPAI PERPADUAN KAUM



1. Melalui penubuhan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum, usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu telah dimulakan.



2.  Syarat yang dikenakan oleh pihak British adalah kerjasama

     antara kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin mendapatkan

     kemerdekaan.



3.  Perkara ini penting bagi menjamin kestabilan politik dan  

     keharmonian masyarakat.







Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)


·         Ditubuhkan pada tahun 1929 untuk mewujudkan perpaduan.

·         Dianggotai oleh pemimpin daripada pelbagai kaum seperti:

(a)   Dato' Onn Ja'afar

(b)   Tun Tan Cheng Lock

(c)  E.E.C. Thuraisingam
 


Pendidikan Alat Perpaduan


1) Sistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum, khususnya
    di kalangan generasi muda.

2) Melalui sistem pendidikan yang sama, penduduk Tanah Melayu akan dapat disatukan
    dengan perasaan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Tanah
    Melayu.

3) Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu mewujudkan perpaduan kaum
   kerana pada masa itu terhadap lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu:


i. Sekolah Agama Islam:

(a) Terdiri daripada sekolah agama, sekolah pondok dan madrasah

(b) Bahasa Melayu atau bahasa arab digunakan sebagai bahasa pengantar

(c) Mengajar terutamanya pelajaran agama

(d) Dibiayai rakyat dan orang perseorangan

(e) Bebas daripada kawalan British

(f) Menyediakan pengajaran peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah

(g) Lepasan pelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan

     Mesir. 


ii. Sekolah Vernakular:

 

(a) Didirikan oleh Kerajaan British

(b) Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar

(c) Hanya di peringkat sekolah rendah

(d) terletak di luar bandar

(e) Suasana pembelajaran yang serba kekurangan

(f) Awalnya kurang mendapat sambutan kerana tiada pelajaran Quran.

(g) Lepasan pelajarnya hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan
     Sultan Idris (MPSI)

(h) Lepasan pelajar tiada peluang menjawat jawatan tinggi.

 










iii. Sekolah Vernakular Cina:

(a) Ditubuhkan sejak akhir kurun ke-19 oleh pihak persendirian dan parti-parti politik.

(b) Menggunakan bahasa Cina khususnya bahasa Mandarin sebagai pengantar.

(c) Sukatan pelajaran, guru, buku teks di bawa dari China.

(d) Tujuannya untuk mengekalkan identiti Cina di Tanah Melayu.

(e) Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina.

(g) Mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina.

(h) Menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah.

(i) Lepasan sekolah berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat Pengajian Tinggi di
    China.
 




iv. Sekolah Vernakular Tamil:

(a) Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab sosial

(b) Menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar

(c) Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan India

(d) Guru dibawa dari India

(e) Persekitaran belajar serba kekurangan

(f) Hanya menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah.

(g) Kurang mendapat sambutan kerana lebih suka anak-anak membantu di ladang.

(h) Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.


v. Sekolah Vernakular Inggeris

(a) Ditubuhkan sejak kurun ke-19 oleh mubaligh Kristian

(b) Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar.

(c) Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja rendah di
     sektor kerajaan dan swasta.

(d) Didirikan di bandar-bandar

(e) Pelajar lepasannya berpeluang melanjutkan pelajaran Ke peringkat kolej dan
     universiti dalam dan luar negara.

(f) Pelajar lepasan sekolah ini juga berpeluang menjawat tinggi

(g) Dipandang tinggi oleh masyarakat.



4) Perbezaan tersebut menyebabkan perbezaan politik, ekonomi dan sosial semakin
    buruk sehingga menghalang perpaduan kaum.

5) Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan mengamalkan budaya serta

    kepercayaan masing-masing. Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh  
    memudahkan komunikasi.

6) Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabila berlaku penyusupan

    fahaman komunis melalui sekolah-sekolah Cina.

7) Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana semangat perpaduan,

    beberapa laporan pelajaran telah diadakan.

8) Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untuk melahirkan satu system

    pendidikan kebangsaan supaya pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem
    pendidikan yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu.










Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri

Sistem AhIi:

·           Diperkenalkan tahun1951 bertujuan melatih orang Melayu &
                  kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.

·          Idea penubuhan dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar & disokong
                  oleh pihak British & raja2 Melayu

·          Ia dilaksanakan pada April 1951 hingga Jun 1955.


Ciri-Ciri Sistem Ahli:


·          Satu sistem kabinet bayangan terdiri daripada beberapa orang
                 pegawai & tokoh masyarakat

·          Anggotanya dikenali sebagai AHLI

·          Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan
                 persetujuan Majlis Raja2 Melayu

·          Ahli2 diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British

·          Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota iaitu;

·          5 orang penduduk di Tanah Melayu (3 orang Melayu, 1 orang
                Cina & 1 orang India)



Anggota-Anggota Sistem Ahli:


(a)    Dato’ Onn bin Jaafar – Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955)


(b)     Dato’ Mahmud bin Mat – Ahli Tanah, Perlombongan &
                          Perhubungan (1951-1954)

        (c)     Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli
                          Pertanian & Perhutanan (1951-1955)

        (d)     Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan (1951-1954)

             (e)     Dato’ E.E.C. Thuraisingam – Ahli Pelajaran (1951 – 1954) &
                          Presiden Persatuan Ceylonese Malaya

  
  
Kelonggaran syarat Kerakyatan Persekutuan

·  Tahun 1951 Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan

·    Ia sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan & negeri

·    Dato’ Onn Jaafar dilantik Pegerusi pertama RIDA – sanggup berbasikal untuk     mengetahui masalah pekebun kecil di luar
Bandar.’

·    Tujuan penubuhan RIDA ialah;

·    Membantu tingkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu

     ·   Cara memujuk orang Melayu supaya setuju dengan kelonggaran kerakyatan   
          Persekutuan & Kerakyatan Negeri 1951.

·   Nama RIDA kemudiannya ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) tahun 1966



Pembentukan Parti Perikatan

  • Ditubuhkan sebagai satu usaha parti2 pelbagai kaum untuk wujudkan     kerjasama politik.

  • Pemimpin2 parti UMNO, MCA & MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti         Perikatan akan lahirkan perpaduan & keharmonian pelbagai kaum.

  • Dibentuk secara berperingkat mengikut keperluan politik semasa.

  • British sokong kerjasama parti kerana ia wujudkan suasana politik stabil & menjamin ekonomi Persekutuan Tanah Melayu


Peringkat-peringkat Penubuhan Parti Perikatan

1.Peringkat 1 – Tahun 1952

·          Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihan
                 raya Bandaran Kuala Lumpur

·           Memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan

·           Pemimpin utama UMNO & MCA sambut baik pakatan ini & merundingkan 
                 pembentukan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah Melayu

2. Peringkat 2 – Tahun 1954

·         Konvensi Nasional diadakan

·         Perikatan UMNO-MCA dibentuk

·         Kerjasama diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu bagi 
          memenangi  pilihan raya negeri

3. Peringkat 3 – Tahun 1955

     ·      Kemasukan MIC dalam Perikatan
·      Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan ·     Konsep kerjasama ini mengukuhkan keyakinan rakyat kepada Parti     
      Perikatan


Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
·   Tahun 1954 pihak British menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya  sebagai   lanjutan ke arah berkerajaan sendiri

·    Ia dianggotai pegawai kanan British dan wakil parti politik

·    British peruntukkan sebanyak 100 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)

·    Ia meliputi 52 buah kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British

·    Parti Perikatan telah menentang cadangan itu dan menuntut tiga per lima ahli MPP dipilih melalui pilihan raya

·   Untuk tujuan memohon kerusi pilihan raya yang lebih Tunku Abdul Rahman telah ke London tetapi gagal – tidak dipersetujui pihak British

·   Pada 27 Julai 1955 Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan Sebelum pilihan raya diadakan setiap parti politik mengadakan kempen pilihan raya

·    Kempen bermula selepas penamaan calon pada 15 Julai 1955

·    Untuk meraih sokongan dalam kempen tersebut Parti Perikatan mengeluarkan manifesto

·   Manifesto bermaksud – satu program atau perancangan parti politik yang menyertai pilihan raya & program ini akan dilaksanakan jika mereka berjaya membentuk kerajaan

·    Antara manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP yang pertama :

Ø  Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun
Ø  Mewajibkan pendidikan rendah
Ø  Melindungi hak raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
Ø  Menamatkan darurat
Ø  Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan

·   Kaum wanita diberikan hak mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya MPP tahun 1955

·   Hak mengundi terbuka kepada semua kaum lelaki dan wanita berumur 21 tahun ke atas

·   Hak untuk mengundi dalam pilihan raya adalah symbol kedaulatan sebuah negara merdeka seperti Malaysia

·   Keputusan Pilihan Raya MPP ini dinantikan oleh orang ramai di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur


·   Keputusan memihak kepada Parti Perikatan iaitu memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan

·     Antara faktor kemenangan Parti Perikatan ialah:

Ø  Sikap tolak ansur parti2 yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya
Ø  Kebijaksanaan pemimpin parti berunding untuk mencari penyelesaian masalah politik
Ø  Kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik Negara
Ø  Kesepakatan untuk menolak pengaruh Parti Komunis Malaya
Ø  Semangat untuk mencapai kemerdekaan yang berkobar-kobar
Ø  Manifesto pilihan raya yang dapat diterima umum



















0 ulasan:

Catat Ulasan