Ruby

BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

Jumaat, 13 Januari 2012


PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU










Detik-detik yang terjadi sebelum dan selepas kemerdekaan....
Renungkanlah perjuangan nenek moyang kita ke arah 
kemerdekaan negara..

Pendudukan Jepun merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah 
Negara kita. Pemerintahan tentera jepun di Negara berlangsung selama    
kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 
September 1945. Perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut
telah menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan rakyat.


Kedatangan Jepun

Kebangkitan jepun sebagai kuasa imperialis bermula dengan pemerintahan 
Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868. Maharaja Meiji melancarkan pemulihan 
yang menekankan pemodenan dan perindustrian. Negara-negara barat dijadikan model untuk memajukan jepun. Negara China yang mempunyai banyak bahan mentah dan berpotensi menjadi pasaran barangan jepun adalah sasaran perluasan kuasa jepun. Kemenangan Jepun terhadap Rusia dalam Perang Rusia – Jepun pada tahun 1905, telah menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar.




Maharaja Mikado Meiji memerintah Jepun dari tahun 1868 hingga tahun 1912. 
Baginda Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun melalui gerakan 
yang dikenali sebagai Pemulihan Meiji.


 
Faktor Perluasan Kuasa Jepun



             1) Faktor Masalah Ekonomi Jepun

·    Penduduk Jepun semakin bertambah menyebabkan tanah pertanian   kurang.

·   Jepun perlukan bahan mentah untuk industry seperti petroleum, 
    bijih timah dan getah.

·   Jepun memerlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri.


2) Faktor Sekatan Ekonomi

·    Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China 

·    China dikuasai Jepun melalui Perang China – Jepun kedua 1937

·    Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan   diri.

·     Serangan diketuai Jeneral Tojo

·     Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera.

·     Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun

·     Beliau Berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara.


 
        Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun 
mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di pantai Sabak, 
Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat di 
Thailand terus mara ke Jitra, Kedah. Kemudian, tentera Jepun 
berpecah dua,sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan 
ke selatan melalui pesisiran pantai barat. Sementara itu, tentera  Jepun 
yang mendarat di Kota Bharu pula mara ke selatan mengikut jalan darat
 di negeri-negeri pantai timur.





Peta 1.1 Kemaraan tentera Jepun untuk menguasai Tanah Melayu 
                       mulai 8 Disember 1941 hingga 1942

        
                    

Peta 1.2




    Manakala di Sarawak pula, tentera Jepun mendarat di Miri. Dari Miri, 
tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama ke Kuching 
dan kemudiannya ke Sibu. Pasukan yang kedua pula mara ke Sabah melalui  
Labuan  dan seterusnya ke Sandakan. Kemudian tentera Jepun mara ke kawasan 
pesisiran pantai kedua-dua negeri ini terutama di bandar-bandar besar.









          CARA KEMARAAN JEPUN



                    1.     Melalui Kawasan Utara di Thailand

                     
                          i.  Tentera Jepun mendarat serentak di 

                          ii. Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 
                              Disember 1941

                         iii. Tentera terus mara ke Jitra, Kedah           
                              Tentera berpecah dua 

                          iv. Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus 
                               mara ke selatan melalui pesisiran pantaimbarat 

                           v. Satu pasukan lagi mengikut jalan darat 
                               menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat


                     2.    Melalui Kawasan Kota Bharu
                          
                             i. Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941

                            ii.Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di
                              negeri pantai timur.        


                      3. Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
                          
                             i. Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam 
                                 pada 16 Disember 1941

                             ii. Berpecah kepada dua pasukan

                            iii. Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu

                            iv.  Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan

                             v.  Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua 
                                 negeri terutama di bandar-bandar besar

                             vi. Tiada tentangan sengit terhadap 
                                 kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan


                                                                                                                                                                                                             







   
        

                                          
                       
     





 Tentera Jepun menggunakan basikal untuk melalui jalan yang 

  sempit bagi mempercepat perjalanan tanpa disedari oleh  

tentera British






Kapal Terbang perang digunakan oleh pihak Jepun untuk menyerang 

tentera British di Tanah Melayu. Kapal ini juga memberi perlindungan

 kepada tentera darat.     









Tentera Jepun menggunakan bot untuk mendaratkan tenteranya 

dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai. 







Kereta kebal penggempur yang digunakan oleh tentera jepun berjaya 

memaksa tentera British berundur. Tentera Jepun juga menggunakan

 kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah     



 Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu    










            ·                     Pemerintahan Jepun bercorak tentera.
            ·                     Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Malayu Baru).
                   Manakala, Singapura dikenali sebagai Syonan (Cahaya Selatan).
            ·                     Pentadbiran di Tanah Melayu dibahagikan kepada pentadbiran pusat 
                   dan pentadbiran wilayah, manakala Sabah, Sarawak, dan Brunei                                                      
                   digabungkan dalam satu unit pentadbiran dikenali sebagai Borneo   
                   Utara.                                                                                                                                 
            ·                     Borneo Utara diketuai oleh Gabenor JeneraL



           Politik


            ·                     Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri.
            ·                     Sultan telah kehilangan kuasa untuk memerintah. Baginda hanya menjadi 
                   ketua agama dan adat istiadat Melayu.
            ·                     Sultan masih diberikan elaun yang sama seperti yang diberikan oleh 
                   British.

    

          Ekonomi


            ·                    Jepun mengamalkan ekonomi kawalan, iaitu ekonomi sara diri untuk 
                    pengeluaran makanan harian.
            ·                     Usaha pengeluaran makanan harian digiatkan.
            ·                     Catuan makanan mula diperkenalkan.
            ·                      Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan 
                    membiayai peperangan.
            ·                      Mata wang Jepun digunakan.
     

            

            Sosial


           ·                     Sekolah Cina dan Inggeris ditutup.
           ·                     Bahasa Jepun (Nippon Go) menjadi bahasa pengantar di sekolah.
           ·                     Orang Melayu dan India dilayan dengan baik untuk mendapatkan 
                  sokongan.   Manakala, orang Cina dilayan dengan buruk kerana 
                  menyokong Perang China-Jepun di China.


             Penjepunan


            ·                     Menghapuskan pengaruh Cina dan Inggeris dengan menutup sekolah Cina
                   dan Inggeris.
            ·                     Menumpukan kesetiaan penduduk Tanah Melayu kepada Maharaja Jepun
                   dengan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, iaitu Kimigayo setiap pagi 
                   di sekolah.
            ·                     Memperkenalkan budaya Jepun seperti bahasa Jepun dijadikan bahasa
                   pengantar di sekolah dan cuti sempena hari perayaan Negara Jepun.



Sebab-Sebab Kejayaan Tentera Jepun Di

Tanah Melayu



Kelemahan Tentera British

  1. Tentera British di Tanah Melayu tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun. Lagipun, British tidak menyangka serangan akan dilancarkan dari bahagian utara.
  2. Dengan itu, pertahanan British tertumpu di selatan terutamanya di Singapura. Pihak British yakin pertahanan di Singapura tidak dapat ditembusi oleh tentera Jepun.
  3. Tambahan pula, British telah tersilap jangkaan mengenai kekuatan dan kecekapan tentera Jepun.
  4. Pada masa yang sama, British telah menumpukan perhatiannya dalam perang menentang Kuasa-kuasa Paksi di Eropah.
  5. British tidak mampu menghanter lebih banyak kapal-kapal perang dan tentera untuk mempertahankan tanah jajahannya di Timur.
  6. Berikutan peristiwa kemusnahan kapal Prince of Wales dan Repulse, kebanyakan tentera British mula kehilangan semangat untuk berperang.
  7. Kapal-kapal tersebut ditenggelamkan kerana kekuragan kapal terbang untuk melindunginya dari udara.
  8. Askar-askar India dalam tentera British hilang kepercayaan apabila pengintip-pengintip Jepun menyebarkan khabar angin yang mencemarkan nama orang British.






Kekuatan Tentera Jepun

  1. Tentera Jepun mempunyai rancangan serangan yang teliti. Tenteranya telah dilengkapkan supaya bersedia menyerang Tanah Melayu.
  2. Sebelum serangan dilancarkan, Jepun menjalankan pengintipan di seluruh Asia Tenggara.
  3. Dengan cara tersebut, mereka dapat mengumpul maklumat lengkap tentang keadaan bentuk muka bumi Tanah Melayu untuk mengatur strategi serangan.
  4. Melalui pengintipan, pihak Jepun mendapat tahu bahawa pertahanan di Singapura sukar ditembusi dari laut. Oleh itu, mereka menyerang dari utara.
  5. Askar-askar Jepun juga menerima latihan khas dalam peperangan di hutan.
  6. Jeneral Yamashita merupakan seorang pemimpin tentera yang berkebolehan dan berkaliber. Beliau mempunyai banyak pengalaman.
  7. Tambahan pula, pasukan Jepun mempunyai angkatan tentera yang kuat lagi lengkap.
  8. Kapal terbang perang jenis Zero telah membolehkan tentera Jepun menguasai ruang udara.
  9. Tentera Jepun juga menggunakan kereta kebal.
  10. Untuk menempuh hutan dengan lebih mudah, cepat dan senyap, tentera Jepun menggunakan basikal dalam kemaraannya ke bahagian selatan Tanah Melayu.
  11. Askar-askar Jepun mempunyai disiplin dan semangat nasionalisme yang kuat.
  12. Juruterbang Jepun rela melakukan serangan kamikaze ketika menyerang pangkalan laut Amerika di Pearl Harbour.
  13. Serangan jenis ini memerlukan pengorbanan nyawa sendiri untuk membunuh musuh.
  14. Penduduk tempatan juga banyak memberi bantuan dan kerjasama kepada pihak Jepun.
  15. Mereka percaya bahawa Jepun akan menunaikan janjinya selepas ia membebaskan negara mereka daripada kuasa-kuasa Barat. 
                     
Reaksi Penduduk


Reaksi orang Melayu


1.   Penduduk tempatan memberi pelbagai reaksi terhadap kehadiran tentera Jepun 
      di  Tanah Melayu.


2.   Sebahagian besar orang Melayu tidak menentang, malah ada yang mengalu-
      alukan kehadiranJepun.


3.   Orang-orang Melayu terpengaruh dengan slogan-slogan Jepun seperti :
      (a)   'Asia untuk Orang Asia'
      (b)  'Lingkungan kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya'


4.   Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah mengadakan hubungan sulit dengan 
      pihak   Jepun.


5.   KMM adalah di bawah pimpinan Ibrahim bin Yaakob merupakan  
      pertubuhan  radikal anti-British.


6.   KMM telah menyebarkan propaganda pro-Jepun.


7.   Jepun juga memberi bantuan kewangan sebanyak $40 000 kepada KMM
      untuk membeli akhbar Warta Malaya.


8.   Sebagai balasan pertolongan KMM, tentera Jepun menjanjikan kemerdekaan  
      Tanah Melayu.


9.   Setelah menduduki Tanah Melayu, tentera Jepun mewujudkan satu pemerintahan 
      baharu.


10.  Dasar-dasar pemerintahan Jepun ini banyak menyusahkan rakyat.


11. Slogan-slogan Jepun hanya muslihat Jepun sahaja untuk kepentingan mereka.


12. Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti yang dijanjikan.


13. Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan.


14. Pada peringkat awal pemerintahan juga, Jepun tidak mengiktiraf kedudukan 
      Raja-raja Melayu.


15. Oleh itu, sokongan orang Melayu juga tidak bertahan lama.16. KMM sendiri telah 
      dibubarkan oleh  Jepun.


17. Tentera Jepun mula menunjukkan tembelang dengan melakukan kekejaman 
      terhadap sesiapa sahaja yang dianggap bersalah.




     Reaksi orang Cina




1.   Reaksi orang Cina jelas dipengaruhi oleh Perang China-Jepun pada tahun 1937.


2.   Kebanyakan orang Cina terlibat dengan gerakan anti-Jepun.


3.   Mereka telah memulaukan barangan Jepun dan menjalankan pungutan derma 
      untuk membantu negara China yang diserang Jepun.


4.   Terdapat juga dikalangan pemuda Cina yang pulang ke negara China untuk 
      melibatkan diri dalam gerakan menentang Jepun.


5.   Justeru itu, setelah Jepun menjajah Tanah Melayu, orang Cina telah menjadi 
       mangsa balas dendam    tentera Jepun, iaitu mereka dilayan dengan kasar dan 
       dibunuh dengan kejam.


6.   Walau bagaimanapun, terdapat segolongan orang Cina yang menyokong Jepun 
      demi menjaga perniagaan dan keselamatan nyawa mereka.




      Reaksi orang India




1.   Orang India pula berbeza dengan orang Cina kerana mereka mendapat layanan 
      yang lebih baik.


2.   Ini adalah kerana Jepun memerlukan kerjasama mereka untuk mengusir 
      penjajahan British di India.


3.   Jepun telah mempengaruhi orang India yang berkhidmat dalam angkatan tentera
       British supaya berkerjasama dengan pihak Jepun.


4.   Oleh itu, sebahagian besar daripada orang India dalam tentera British ini telah 
      menyertai Tentera
      Kebangsaan India.


5.   Jepun juga telah mendorong mereka menubuhkan Liga Kemerdekaan India. 




      Gerakan Anti-Jepun


1.   Kemunculan beberapa gerakan anti-Jepun merupakan reaksi penduduk tempatan 
      terhadap pemerintahan Jepun yang kejam.


2.   Pertubuhan-pertubuhan anti-Jepun juga muncul di Sabah, tetapi di Sarawak, 
      kemunculannya tidak begitu jelas.


3.   Pertubuhan-pertubuhan anti-Jepun menentang Jepun secara gerila.


4.   Terdapat antara pertubuhan ini mendapat kerjasama daripada Tentera   
      Bersekutu, khususnya British.






0 ulasan:

Catat Ulasan