Ruby

WeLcOmE...!!!!

Rabu, 15 Februari 2012


SeLaMat DaTang ke Cikgu EzeRi "HisToRy ChaNnEL" BloGs...




SeJaRaH TinGkaTaN 3


(Bab 1 HinGgA Bab 5)

PENGUMUMAN KEPADA PELAJAR

PENGUMUMAN 1
___________________________________________

Anda boleh melayari laman blog saya sekiranya ingin membuat sebarang 
pertanyaan mengenai topik-topik yang anda tidak faham. Pertanyaan bolehlah 
dibuat melalui forum saya.




PENGUMUMAN 2
___________________________________________
  
Pengumuman ini ditujukan khas buat pelajar Tingkatan 3D dan 3E!!! 
Buat satu folio berkaitan Bab 1 hingga bab 5.  Sebarang pertanyaan di laman 
ini amatlah dialu-alukan di Forum saya. 




PENGUMUMAN 3
___________________________________________ 

Pelajar tingkatan 3 B yang belum lagi menghantar buku latihan sejarah 
kelmarin, sila berbuat demikian hari ini juga!!!




PENGUMUMAN 4
___________________________________________

Ujian Selaras 2 bagi Tingkatan 3 akan dijalankan pada hari Isnin (20/2/2012) 
Pelajar-pelajar perlu fokus pada Bab 2 hingga Bab 4 sahaja.




PENGUMUMAN 5
___________________________________________

Kuiz yang terdapat di dalam blog ini sangat berguna utuk anda menhadapi 
ujian selaras 2 dan 3 nanti. Sila ulangkaji topik yang telah dibincangkan 
didalam kelas.


 






KUIZ / BAB 5


A. Soalan Objektif


1.  Apakah keputusan yang dipersetujui dalam rundingan kemerdekaan di London?

     I    Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan.

     II   Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.

     III  Parti Perikatan akan memiliknegarakan pelaburan British.

     IV  Pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk merangka Perlembagaan Merdeka.

     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV



2. Kenyataan  di atas berkaitan dengan :

  • Empat wakil raja-raja Melayu
  • Empat wakil Parti Perikatan

     A   Rombongan Merdeka.

     B   Penggubal Perlembagaan.

     C   Anggota Suruhanjaya Reid.

     D   Anggota Majlis Perundangan Persekutuan


3.  Apakah kandungan Perlembagaan Merdeka 1957?

     I    Pembetukan sebuah kerajaan kesatuan.

     II   Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

     III  Yang di – Pertuan Agong sebagai ketua negara.

     IV  Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
                                                
     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV


4.  Apakah yang terkandung dalam Pemasyuran Kemerdekaan?

     I    Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 31 Ogos 1957.

     II   Penguasaan British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal.

     III  Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat.

     IV  Persekutuan Tanah Melayu mengamalkan pemerintahan monarki.
                                                
     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV


5. Penyataan di bawah merujuk :


  •  Menggubal sebuah Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu
  • Menentukan kuasa kerajaan pusat dan negeri
 

     A   Suruhanjaya Cobbold.

     B   Suruhanjaya Reid.

     C   Suruhanjaya PBB.

     D   Jawatankuasa Antara Kerajaan.








KUIZ / BAB 4


A. Soalan Objektif


1.  Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Jawatankuasa Hubungan antara Kaum?

     A    Pengerusinya ialah Sir Malcom MacDonald.

     B   Syarat kerakyatan Persekutuan diperketat.
    
     C   Pembentukan sistem pendidikan yang pelbagai.

     D   Bertujuan untuk menwujudkan perpaduan kaum.


2.  Apakah usaha parti UMNO bagi mewujudkan perpaduan kaum?

     I    Melonggarkan kerakyatan Persekutuan.

     II   Menganggotai Parti Perikatan.

     III  Menggalakkan perpaduan antara kaum.

     IV  Membuka keahlian kepada orang bukan Melayu.

     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV


3.  Mengapakah laporan pelajaran diadakan?

     I    Memperkembang kebudayaan setiap kaum.

     II   Merapatkan jurang perbezaan sistem pendidikan.

     III  Melahirkan semangat perpaduan di kalangan kaum.

     IV  Melahirkan semangat kekitaan di kalangan murid.

     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV


4.  Apakah kandungan Laporan Razak 1956?

     A   Menghapuskan sistem nazir.

     B   Menyeragamkan sukatan pelajaran.
    
     C   Menghapuskan pelajaran bahasa ibunda.

     D   Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.



5.  Parti Perikatan telah berjaya memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan
     Persekutuan pada tahun 1955. Apakah faktor kejayaan tersebut?

     I    Kerjasama erat antara kaum.

     II   Kesanggupan untuk berkongsi kuasa.

     III  Parti Perikatan telah berkempen bersungguh-sungguh.

     IV  Semangat yang berkobar-kobar untuk mencapai kemerdekaan.

     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV






KUIZ / BAB 3

Ujian dan Penilaian

A. Soalan Objektif


1.  Apakah tujuan penubuhan Parti Komunis Malaya pada tahun 1930 di Tanah Melayu?

     A   Membela nasib kaum Cina.

     B   Melumpuhkan ekonomi.
    
     C   Menentang tentera Jepun.

     D   Menubuhkan Republik Komunis Malaya.


2.  Mengapakah perjuangan komunis kurang mendapat sambutan orang melayu?

     A   Orang Melayu menyokong pihak British.

     B   Fahaman komunis bertentangan dengan budaya tempatan.
    
     C   Keahlian Parti Komunis Malaya hanya dibuka kepada orang Cina.

     D   Orang Melayu tidak memahami tujuan perjuangan Parti Komunis Malaya.
  • Penduduk pinggir hutan dikumpulkan di kawasan penempatan baru
  • Penempatan dilengkapi dengan kemudahan asas. 
  • Penempatan dikawal dan dipagari kawat berduri.

3.  Bagaimanakah rancangan di atas Berjaya melemahkan pergerakan komunis?

     A   Melumpuhkan gerakan Min Yuen.

     B   Memudahkan British menyerang komunis.

     C   Menaikkan semangat pasukan keselamatan.

     D   Memudahkan kerajaan menangkap penyokong komunis.


                  
  •   Gerald Templer telah melancarkan kempen memenangi hati dan fikiran             
             Rakyat.

4.  Bagaimanakah Templer bertindak untuk mencapai matlamat tersebut?

     I    Menghapuskan gerakan Min Yuen.

     II   Memperkenalkan kad pengenalan.

     III  Mengikis perasaan perkauman.

     IV  Melonggarkan syarat kerakyatan.

     A   I dan II

     B   II dan III

     C   III dan IV

     D   I dan IV


5.  Pengisytiharan darurat pada tahun 1948 menandakan bahawa PKM telah diharamkan oleh 
     kerajaan British. Apakah langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan selepas pengisytiharan 
     tersebut?

     I    Menambah bilangan askar Melayu.

     II   Menubuhkan pasukan Home Guard.

     III  Memindahkan penduduk luar Bandar ke bandar.

     IV  Membawa pasukan tentera dari Negara-negara Komanwel.

     A   I, II dan III

     B   I, II dan IV

     C   I, III dan IV

     D   II, III dan IV





B. Soalan Struktur


1.  Huraikan kesan darurat kepada ekonomi, politik dan sosial Tanah Melayu.

     Kesan ekonomi  

     _______________________________________________________________

     _______________________________________________________________
  
     _______________________________________________________________

     _______________________________________________________________


      Kesan politik  

     _______________________________________________________________

     _______________________________________________________________
  
     _______________________________________________________________

     _______________________________________________________________

  
      Kesan sosial  

     _______________________________________________________________

     _______________________________________________________________
  
     _______________________________________________________________

     _______________________________________________________________