Jumaat, 13 Januari 2012
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Detik-detik yang terjadi sebelum dan selepas kemerdekaan....
Renungkanlah perjuangan nenek moyang kita ke arah
kemerdekaan negara..
Renungkanlah perjuangan nenek moyang kita ke arah
kemerdekaan negara..
Pendudukan
Jepun merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah
Negara kita. Pemerintahan tentera jepun di Negara berlangsung selama
kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12
September 1945. Perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut
telah menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan rakyat.
Negara kita. Pemerintahan tentera jepun di Negara berlangsung selama
kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12
September 1945. Perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut
telah menyemarakkan semangat kebangsaan dikalangan rakyat.
Kedatangan
Jepun
Kebangkitan
jepun sebagai kuasa imperialis bermula dengan pemerintahan
Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868. Maharaja Meiji melancarkan pemulihan
yang menekankan pemodenan dan perindustrian. Negara-negara barat dijadikan model untuk memajukan jepun. Negara China yang mempunyai banyak bahan mentah dan berpotensi menjadi pasaran barangan jepun adalah sasaran perluasan kuasa jepun. Kemenangan
Jepun terhadap Rusia dalam Perang Rusia – Jepun pada tahun 1905, telah
menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar.
Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868. Maharaja Meiji melancarkan pemulihan
yang menekankan pemodenan dan perindustrian. Negara-negara barat dijadikan model untuk memajukan jepun. Negara China yang mempunyai banyak bahan mentah dan berpotensi menjadi pasaran barangan jepun adalah sasaran perluasan kuasa jepun.
Maharaja Mikado Meiji memerintah Jepun dari tahun 1868
hingga tahun 1912.
Baginda Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun
melalui gerakan
yang dikenali sebagai Pemulihan Meiji.
1) Faktor Masalah Ekonomi
Jepun
· Penduduk Jepun semakin
bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang.
· Jepun perlukan bahan mentah
untuk industry seperti petroleum,
bijih timah dan getah.
bijih timah dan getah.
· Jepun memerlukan kawasan
baru untuk pasaran hasil industri.
2) Faktor Sekatan Ekonomi
· Amerika Syarikat mengenakan
sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
· China dikuasai Jepun
melalui Perang China – Jepun kedua 1937
· Jepun bertindak balas
menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri.
· Serangan diketuai Jeneral
Tojo
· Tahun 1936 Jepun dikuasai
oleh pemerintahan tentera.
· Tahun 1941 Jeneral Tojo
menjadi Perdana Menteri Jepun
· Beliau Berjaya mengusir
semua kuasa Barat di Asia Tenggara.
Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun
mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di pantai Sabak,
Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat di
Thailand terus mara ke Jitra, Kedah. Kemudian, tentera Jepun
berpecah dua,sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan
ke selatan melalui pesisiran pantai barat. Sementara itu, tentera Jepun
yang mendarat di Kota Bharu pula mara ke selatan mengikut jalan darat
di negeri-negeri pantai timur.
mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di pantai Sabak,
Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat di
Thailand terus mara ke Jitra, Kedah. Kemudian, tentera Jepun
berpecah dua,sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan
ke selatan melalui pesisiran pantai barat. Sementara itu, tentera Jepun
yang mendarat di Kota Bharu pula mara ke selatan mengikut jalan darat
di negeri-negeri pantai timur.
Peta 1.1 Kemaraan tentera Jepun untuk menguasai Tanah Melayu
mulai 8 Disember 1941 hingga 1942
|
Peta 1.2 |
Manakala di Sarawak pula, tentera Jepun mendarat di Miri. Dari Miri,
tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama ke Kuching
dan kemudiannya ke Sibu. Pasukan yang kedua pula mara ke Sabah melalui
Labuan dan seterusnya ke Sandakan. Kemudian tentera Jepun mara ke kawasan
pesisiran pantai kedua-dua negeri ini terutama di bandar-bandar besar.
CARA KEMARAAN JEPUN
1. Melalui Kawasan Utara
di Thailand
i. Tentera
Jepun mendarat serentak di
ii. Singgora dan
Pattani, Thailand pada 8
Disember 1941
iii. Tentera terus mara
ke Jitra, Kedah
Tentera berpecah dua
iv. Satu pasukan
ke Pulau Pinang dan terus
mara ke selatan melalui pesisiran pantaimbarat
v. Satu pasukan
lagi mengikut jalan darat
menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat
2. Melalui Kawasan Kota
Bharu
i.
Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
ii.Tentera
mara ke selatan mengikut jalan darat di
negeri pantai timur.
3. Melalui Kawasan Sarawak dan
Sabah
i.
Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam
pada 16 Disember 1941
ii. Berpecah kepada dua pasukan
iii. Satu
pasukan mara ke Kuching dan Sibu
iv.
Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
v.
Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua
negeri terutama di bandar-bandar besar
vi. Tiada
tentangan sengit terhadap
kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan
Tentera Jepun menggunakan basikal untuk melalui jalan
yang
sempit bagi mempercepat perjalanan tanpa
disedari oleh
tentera British |
Kapal Terbang perang digunakan oleh
pihak Jepun untuk menyerang
tentera British di Tanah Melayu. Kapal
ini juga memberi perlindungan
kepada tentera darat.
|
Tentera Jepun menggunakan
bot untuk mendaratkan tenteranya
dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai.
Kereta kebal penggempur yang digunakan
oleh tentera jepun berjaya
memaksa tentera British berundur.
Tentera Jepun juga menggunakan
kereta kebal kecil dan ringan
yang lebih mudah
Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu
|
·
Pemerintahan Jepun bercorak tentera.
·
Tanah Melayu dikenali sebagai Malai
Baru (Malayu Baru).
Manakala, Singapura dikenali sebagai Syonan (Cahaya
Selatan).
·
Pentadbiran di Tanah Melayu dibahagikan
kepada pentadbiran pusat
dan pentadbiran wilayah, manakala Sabah, Sarawak, dan
Brunei
digabungkan dalam satu unit pentadbiran dikenali sebagai Borneo
Utara.
Utara.
·
Borneo Utara diketuai oleh Gabenor
JeneraL
Politik
·
Sultan tidak lagi menjadi pemerintah
negeri.
·
Sultan telah kehilangan kuasa untuk
memerintah. Baginda hanya menjadi
ketua agama dan adat istiadat Melayu.
·
Sultan masih diberikan elaun yang sama
seperti yang diberikan oleh
British.
Ekonomi
· Jepun mengamalkan ekonomi
kawalan, iaitu ekonomi sara diri untuk
pengeluaran makanan harian.
·
Usaha pengeluaran
makanan harian digiatkan.
·
Catuan makanan mula
diperkenalkan.
·
Ekonomi Tanah Melayu
dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan
membiayai peperangan.
·
Mata wang Jepun
digunakan.
Sosial
·
Sekolah Cina dan Inggeris ditutup.
·
Bahasa Jepun (Nippon Go) menjadi bahasa
pengantar di sekolah.
·
Orang Melayu dan India dilayan dengan
baik untuk mendapatkan
sokongan. Manakala,
orang Cina dilayan dengan buruk kerana
menyokong Perang China-Jepun di China.
Penjepunan
·
Menghapuskan pengaruh Cina dan Inggeris
dengan menutup sekolah Cina
dan Inggeris.
·
Menumpukan kesetiaan penduduk Tanah
Melayu kepada Maharaja Jepun
dengan menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, iaitu Kimigayo setiap
pagi
di sekolah.
·
Memperkenalkan budaya Jepun seperti
bahasa Jepun dijadikan bahasa
pengantar di sekolah dan cuti sempena hari
perayaan Negara Jepun.
Sebab-Sebab Kejayaan Tentera Jepun Di
Tanah Melayu
Kelemahan Tentera British
- Tentera British di Tanah Melayu tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun. Lagipun, British tidak menyangka serangan akan dilancarkan dari bahagian utara.
- Dengan itu, pertahanan British tertumpu di selatan terutamanya di Singapura. Pihak British yakin pertahanan di Singapura tidak dapat ditembusi oleh tentera Jepun.
- Tambahan pula, British telah tersilap jangkaan mengenai kekuatan dan kecekapan tentera Jepun.
- Pada masa yang sama, British telah menumpukan perhatiannya dalam perang menentang Kuasa-kuasa Paksi di Eropah.
- British tidak mampu menghanter lebih banyak kapal-kapal perang dan tentera untuk mempertahankan tanah jajahannya di Timur.
- Berikutan peristiwa kemusnahan kapal Prince of Wales dan Repulse, kebanyakan tentera British mula kehilangan semangat untuk berperang.
- Kapal-kapal tersebut ditenggelamkan kerana kekuragan kapal terbang untuk melindunginya dari udara.
- Askar-askar India dalam tentera British hilang kepercayaan apabila pengintip-pengintip Jepun menyebarkan khabar angin yang mencemarkan nama orang British.
Kekuatan Tentera Jepun
- Tentera Jepun mempunyai rancangan serangan yang teliti. Tenteranya telah dilengkapkan supaya bersedia menyerang Tanah Melayu.
- Sebelum serangan dilancarkan, Jepun menjalankan pengintipan di seluruh Asia Tenggara.
- Dengan cara tersebut, mereka dapat mengumpul maklumat lengkap tentang keadaan bentuk muka bumi Tanah Melayu untuk mengatur strategi serangan.
- Melalui pengintipan, pihak Jepun mendapat tahu bahawa pertahanan di Singapura sukar ditembusi dari laut. Oleh itu, mereka menyerang dari utara.
- Askar-askar Jepun juga menerima latihan khas dalam peperangan di hutan.
- Jeneral Yamashita merupakan seorang pemimpin tentera yang berkebolehan dan berkaliber. Beliau mempunyai banyak pengalaman.
- Tambahan pula, pasukan Jepun mempunyai angkatan tentera yang kuat lagi lengkap.
- Kapal terbang perang jenis Zero telah membolehkan tentera Jepun menguasai ruang udara.
- Tentera Jepun juga menggunakan kereta kebal.
- Untuk menempuh hutan dengan lebih mudah, cepat dan senyap, tentera Jepun menggunakan basikal dalam kemaraannya ke bahagian selatan Tanah Melayu.
- Askar-askar Jepun mempunyai disiplin dan semangat nasionalisme yang kuat.
- Juruterbang Jepun rela melakukan serangan kamikaze ketika menyerang pangkalan laut Amerika di Pearl Harbour.
- Serangan jenis ini memerlukan pengorbanan nyawa sendiri untuk membunuh musuh.
- Penduduk tempatan juga banyak memberi bantuan dan kerjasama kepada pihak Jepun.
- Mereka percaya bahawa Jepun akan menunaikan janjinya selepas ia membebaskan negara mereka daripada kuasa-kuasa Barat.
Reaksi Penduduk
1. Penduduk tempatan memberi pelbagai reaksi terhadap kehadiran tentera Jepun
di Tanah Melayu.
2. Sebahagian besar orang Melayu tidak menentang, malah ada yang mengalu-
alukan kehadiranJepun.
3. Orang-orang Melayu terpengaruh dengan slogan-slogan Jepun seperti :
(a) 'Asia untuk Orang Asia'
(b) 'Lingkungan kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya'
4. Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah mengadakan hubungan sulit dengan
pihak Jepun.
5. KMM adalah di bawah pimpinan Ibrahim bin Yaakob merupakan
pertubuhan radikal anti-British.
6. KMM telah menyebarkan propaganda pro-Jepun.
7. Jepun juga memberi bantuan kewangan sebanyak $40 000 kepada KMM
untuk membeli akhbar Warta Malaya.
8. Sebagai balasan pertolongan KMM, tentera Jepun menjanjikan kemerdekaan
Tanah Melayu.
9. Setelah menduduki Tanah Melayu, tentera Jepun mewujudkan satu pemerintahan
baharu.
10. Dasar-dasar pemerintahan Jepun ini banyak menyusahkan rakyat.
11. Slogan-slogan Jepun hanya muslihat Jepun sahaja untuk kepentingan mereka.
12. Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti yang dijanjikan.
13. Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan.
14. Pada peringkat awal pemerintahan juga, Jepun tidak mengiktiraf kedudukan
Raja-raja Melayu.
15. Oleh itu, sokongan orang Melayu juga tidak bertahan lama.16. KMM sendiri telah
dibubarkan oleh Jepun.
17. Tentera Jepun mula menunjukkan tembelang dengan melakukan kekejaman
terhadap sesiapa sahaja yang dianggap bersalah.
Reaksi orang Cina
1. Reaksi orang Cina jelas dipengaruhi oleh Perang China-Jepun pada tahun 1937.
2. Kebanyakan orang Cina terlibat dengan gerakan anti-Jepun.
3. Mereka telah memulaukan barangan Jepun dan menjalankan pungutan derma
untuk membantu negara China yang diserang Jepun.
4. Terdapat juga dikalangan pemuda Cina yang pulang ke negara China untuk
melibatkan diri dalam gerakan menentang Jepun.
5. Justeru itu, setelah Jepun menjajah Tanah Melayu, orang Cina telah menjadi
mangsa balas dendam tentera Jepun, iaitu mereka dilayan dengan kasar dan
dibunuh dengan kejam.
6. Walau bagaimanapun, terdapat segolongan orang Cina yang menyokong Jepun
demi menjaga perniagaan dan keselamatan nyawa mereka.
Reaksi orang India
1. Orang India pula berbeza dengan orang Cina kerana mereka mendapat layanan
yang lebih baik.
2. Ini adalah kerana Jepun memerlukan kerjasama mereka untuk mengusir
penjajahan British di India.
3. Jepun telah mempengaruhi orang India yang berkhidmat dalam angkatan tentera
British supaya berkerjasama dengan pihak Jepun.
4. Oleh itu, sebahagian besar daripada orang India dalam tentera British ini telah
menyertai Tentera
Kebangsaan India.
5. Jepun juga telah mendorong mereka menubuhkan Liga Kemerdekaan India.
Gerakan Anti-Jepun
1. Kemunculan beberapa gerakan anti-Jepun merupakan reaksi penduduk tempatan
terhadap pemerintahan Jepun yang kejam.
2. Pertubuhan-pertubuhan anti-Jepun juga muncul di Sabah, tetapi di Sarawak,
kemunculannya tidak begitu jelas.
3. Pertubuhan-pertubuhan anti-Jepun menentang Jepun secara gerila.
4. Terdapat antara pertubuhan ini mendapat kerjasama daripada Tentera
Bersekutu, khususnya British.